Webinar Nadi X Cybersecurity – Bagaimana Akaun Bank Anda Dicuri Tanpa Sedar

8 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Mei 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar NADI X Cyberecurity 2026. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 jam 30 minti, bermula pada 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Webinar permulaan ini biasanya bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran tentang bagaimana akaun bank anda dicuri tanpa sedar. Penceramah memberi penerangan kepada peserta bagaimana akaun bank seseorang boleh dicuri tanpa sedar serta duit dalam akaun dicuri tanpa sebarang notis . Selain itu, peserta juga diberi pendedahan apa yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kejadian kecurian akaun bank dalam senyap oleh pihak yang tidak bertanggungjawap. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat menggalakkan penyertaan generasi muda dalam membangunkan ekosistem keselamatan siber negara.

Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan kompetensi keselamatan siber. Mendapat ilmu terus daripada pakar industri sebenar. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali